Monday 14 January 2013

JUAL BELI TANAH

JUAL BELI TANAH

INTRO- Tanah untuk dijual/Tanah Untuk dibeli
Jual Beli Tanah. Blog ini dibangunkan dengan tujuan untuk memudahkan mereka yang terlibat dalam industri hartanah  di Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan dan tawaran masing-masing.Sama ada anda mempunyai tanah untuk dijual ataupun tanah untuk dibeli, anda boleh memohon untuk mengiklankan tawaran dan perkhidmatan anda di sini. Sebagai permulaan, saya ingin memberi peluang kepada pembaca untuk menimbangkan merancang untuk memilih sebuah kehidupan yang selesa tinggal di dalam rumah sesebuah (banglo) dengan kejiranan yang berkualiti.

Land For Sale ( Tanah Untuk Dijual )
Tanah Untuk Dijual (Land For Sale) yang terpilih pada kali ini adalah beberapa keping tanah lot yang dipromosikan oleh Mercu Pusu Sdn Bhd. Pada pandangan saya tanah lot ini mempunyai daya tarikan dan nilai yang hebat jika anda mengutamakan suasana kehijauan semulajadi, kawasan rekreasi berdekatan yang menarik dan kejiranan yang berkualiti. Sila lihat video dan tolong klik "share" atau "Like" agar peluang ini dapat dikongsi bersama rakan-rakan anda...



Di antara faktor-faktor yang selalu menjadi pendorong kepada pembelian tapak rumah banglo adalah :

1. Tidak selesa tinggal di rumah bertangga seperti rumah teres tetapi tidak mampu untuk membeli rumah banglo yang boleh mencecah jutaan harganya walaupun di pinggiran kota. Pilihan terbaik adalah beli tanah dahulu dan buat rumah kemudian.
2. Ingin memberikan keselesaan kepada ibu atau bapa yang sudah tua yang selalu menziarahi mereka. kebanyakan orang-orang tua mengidap sakit sendi lutut dan menaikki tangga di rumah teres memang sangat menyeksakan. Sebagai orang tua yang memahami, mereka tidak pernah menyuarakan masalah sakit lutut mereka kepada anda. Tetapi jika anda adalah seorang anak yang ingin berbakti kepada orang tua semasa mereka sihat lagi, rancanglah untuk membeli tanah dan membina sebuah rumah banglo walaupun hanya satu tingkat. Ibubapa anda pasti gembira dan semakin kerap menziarahi anda.
3. Kurangnya ruang dan privacy. Penghuni rumah teres kerap terganggu oleh masalah parking atau kebisingan jiran-tetangga.

Malah perbualan hangat mereka atau perselisihan faham mereka juga boleh didengari oleh jiran tetangga lain. Kadang-kadang anda mungkin terganggu dengan karenah anak-anak muda yang gemar menguji kehebatan enjin motorsikal masing-masing. Anda mungkin memerlukan sebuah kediaman yang agak selesa jaraknya di antara rumah ke rumah.


BELI TANAH - Beli Tanah Dan Buat Rumah

Kenapa perlu beli tanah sekarang? Jika anda sudah mula merasakan sesuatu yang tidak kena atau tidak selesa dengan pangsapuri atau rumah teres kediaman anda , adalah lebih baik anda merancang dari sekarang strategi untuk mempunyai sebuah rumah banglo yang pastinya lebih selesa. Beli tanah di pinggiran bandar sekarang kerana harganya masih murah dan buat rumah yang selesa di masa akan datang. Pastikan tanah yang dibeli mempunyai geran individu dan boleh dicagarkan di bank agar mudah segala urusan dikemudian hari.


TANAH LOT - Tanah Lot Murah Untuk Dijual

Semakin ramai di Malaysia yang dapat menghargai potensi tanah-tanah lot untuk dijual sebagai suatu pelaburan bijak ke arah kehidupan berkeluarga yang lebih selesa dan berkualiti. Dengan harga rumah-rumah teres yang semakin meningkat dengan pantas, adalah lebih baik bagi mereka yang mengimpikan keselesaan rumah banglo untuk membeli sekeping lot tanah dahulu yang secara relatifnya masih sangat murah. Supaya apabila rezeki bertambah nanti, anda boleh membina sebuah banglo dengan rekabentuk luaran dan dalaman 100% mengikut selera anda.



JUAL TANAH - Jual Tanah Untuk Tapak Rumah 

Jual tanah dan beli tanah lot untuk tapak rumah sendiri mempunyai sedikit kelainan dari segi kriteria yang digunakan dari membeli tanah untuk tujuan pelaburan semata. Walaupun melabur dalam hartanah di bandar-bandar besar seperti Damansara & Puchong adalah lebih menguntungkan, tetapi untuk melabur dalam hartanah yang saya sendiri akan diami suatu hari nanti, saya lebih memilih untuk membeli tanah di sekitar UIA (Universiti Islam Antarabangsa) iaitu di Gombak. pastinya saya mempunyai kenangan manis yang banyak di Gombak terutamanya di UIA.




2 comments:

  1. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete
  2. We work with investors who seek cheap land for sale to make their investments profitable and close quickly, so most of our clients pay cash.

    ReplyDelete